Friday, July 1, 2011

Mula Kembali ke dunia Moja-Moja...

Lama gak lh aku dah tak menulis ni..rasa malas pun ada jugak..tp takpe lah..sekali sekala..hehe...nak buat kesimpulan dan rumusan utk ape yg berlaku minggu ni je..minggu ni so far so good...but ape yg xbest nya ialah...badan ni rasa cam lenguh-lenguh je..sengal-sengal je..mmg banyak aktiviti minggu ni..tak banyak rehat pun tapi tahlh..i dont think that the reason why i'm feel tired was berpunca dari aktiviti yg ku buat...rasa cam nak buang angin je ni..tp xtau lah kt Bintulu ni nak buang angin kt mane..hehe...kot2 ade sape-sape hok tau tu..oyak lh dlm FB aku...rase nya ni je lah kot tok post yg baru ni stlh skian lame tak menulis..malas nk tulis banyak .takut xde org yg nak baca..haahaaahaha...

Saturday, August 7, 2010

ooo ...........



alhamdulilah ..... aku bakal menginjak masuk bulan kelapan sudah aku mengajar dan mulai menjadi seorang guru ..
banyak benda yang aku pelajari selama aku berkhidmat di sekolah ini ........
di sini lah aku mengetahui pentingnya nilai persahabatan dan betapa kita perlu menjaga ukhuwah antara kita dengan sahabat kita.... alhamdulilah aku mengenali banyak rakan sekerja yg mempunyai kerenah yg pelbagai ....... di samping aku ditemani oleh sahabat ku yg memang sedia aku kenali...... bersama mereka aku kian selesa bertugas dari hari ke hari ........
bila aku selesa dengan mereka.... macammacam konflik pulak yg timbul.....
ada-ada sahaja yg berlaku membuatkan sesetengah daripada kami yg awalnya rapat kini tidak lagi...aku ingatkan bila dah bekerja pemikiran manusia makin matang.. rupa-rupanya semua manusia sama sahaja meskipun usia makin lewat ...... tapi tak mengapa ..... semua itu akan menjadikan aku lebih matang dalam bersahabat..... tidak semua orang itu baik pada zahirnya namun hatinya baik..... kita tidak tahu nawaitu orang itu dalam merapati kita.....
kita semua sudah jelas dan nyata..... terima kasih atas pengalaman ini...... dalam itu juga ada jua yang meghasut diriku meninggalkan sahabat aku yg ada.... sempitnya minda aku bial dengan sennag nya api kebencian aku menyala.... alhamdulilah mata aku belum buta .... kerna aku pantas tersedar akan kesilapan aku dan tidak termakan hasutan mereka dek kesalahan kawan aku yg kecil itu ...... aku kian menghargai nilai persahabatan aku dengan kawanku itu...


aku juga menyedari bahawa jangan sesekali terlampau baik atau mengagungkan kawan yg baru kita kenali kerna semua itu hanya indah dan tampak sempurna pada mula nya namun semua perlakuan itu pasti ada niat yg tersirat ....... dan aku bersyukur sebelum terlambat aku smepat bersahabat dengan orang yg aku ingat sombong pada awalnya sedangkan orang itulah yg dapat mejadi sahabat yg paling bagus bagi kita dan sering memberi tunjuk ajar pada kita .......
kesimpulannya..... bagi orang luar yg tidak mengetahui semua yg dilihat dari mata kasar mereka memang indah belaka namun hakikatnya sama sahaja kerna semua orang adalah manusia biasa yg akan membuat kesilapan dan punyai kelemahan....dan jangan terlalu cepat terpesona dengan perwatakan seseorang... namun harus diingat walaupun dalam sepohon pokok nangka itu ada sebuah buahnya busuk tp tidak beerti kesemuanya busuk belaka...

Thursday, July 29, 2010

Bila Ketua Pemuda UMNO diketepikan........


Dalam rombakan kabinet yg dibuat oleh Perdana Menteri Jun yg lepas......
sekali lagi YB Khairy Jamaludin tidak disenaraikan dalam kabinet "rakyat" PM kita...
sebaliknya senator-senator yg baru dilantik pula dibawa masuk ke dalam kabinet.....
dengan mengabaikan wakil-wakil rakyat yg dipilih sendiri oleh rakyat...
khususnya YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia....
secara tidak langsung mengabaikan suara majoriti pemuda-pemuda UMNO yg menginginkan Ketua mereka itu utk diangkat sebagai menteri atau setidak-tidaknya sebagai Timbalan Menteri...

bahkan kebanyakkan pengundi-pengundi muda juga turut menginginkan YB Khairy dibawa masuk ke dalam kabinet Datuk SEri Najib Tun Razak.........
dan YB Khairy berpontensi utk memegang porfolio seperti Menteri Belia dan Sukan...
kerana usia YB Khairy sendiri yg masih belia....
dan seeloknya beliau selayaknya memegang jawatan tersebut.....berbanding dgn Menteri Belia dan Sukan yg sedia ada sekarang yg sudah melewati usia belia itu....

Selain itu, YB Khairy juga mampu menjalankan tugas sebgai Menteri Pengajian Tinggi..
ini juga sesuai dengan usia belia yg baru 34 tahun dan sebagai org muda beliau mengetahui..
cara-cara utk mendekati golongan-golongan muda di IPTA dan IPTS yg ada di seluruh Malaysia...bahkan beliau mampu bertukar pendapat dengan pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS sedia ada dengan tujuan utk merancakkan lagi pembangunan ekonomi Malaysia kerana sememangnya kita sedia maklum...orang muda mmepunyai idea yg kreatif dan seandainya diguna pakai mampu diterjemahkan dalam bentuk program-program pembangunan rakyat...

Pada masa yg sama juga ,Yb Khairy mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan...
kerana baru-baru ini beliau baru sahaja menamatkan kursus dengan askar wataniah dan beliau lebih memahami selok belok urusan dan kehidupan askar..
dan mampu merekrut orang muda dalam askar wataniah utk menjadi "simpanan tetap " UMNO dan BN.....
berdasarkan skill kominikasi yg beliau ada tidak mustahil askar-askar dapat menjadi penyokong kuat UMNO....

Besar lah harapan kami semoga dalam rombakan kabinet akan datang YAB Datuk Seri Najib Tun Razak...akan membawa masuk YB Khairy Jamaludin ke dalam kabinet.....
semoga mampu menambahkan lagi sokongan orang muda kepada Barisan Nasional...

Oleh : Mujahid (MDA)

Monday, July 26, 2010

Ramadhan kian menghampiri........


Bulan syaaban akn melabuhkan tirai xlama lagi...rasa sedih juga sbb tanda nya kena tunggu 1 year lagi nak tunggu syaaban mai lagi....ingatkan nak posa sebulan penuh bln syaaban tp banyak pulak penghalang nya...xsempat nak raih pahala tok bulan syaaban..hrp2 thun depan msih dipanjangkan usia lagi utk bertemu syaaban.....

Ni xsabar nak tunggu ramadahan tiba....
nak gi terawih....n insya Allah klo ada rezeki lagi first time jgak aku akn berposa sbgai seorang cikgu......
menuntut kesabaran yg amat tinggi sekali..
harap2 lah dpt kawal perasaan marah nanti..dan dorang semua xbuat aku marah..
itu yg paling penting....
aku berharap moga bulan ramadhan yg bakal menjelma nie mampu mentarbiyahkan diri ku sendiri...
moga aku mendapat hidayah dan semakin rajian beribadah even selepas ramadhan berlalu...
itu harapan aku..dan insya Allah aku berharap moga aku mampu menjadi yg lebih baik berbanding sebelum nya...dan aku dpt mejadi hamba Allah yg lebih baik..
menjadi anak yg lebih baik utk ayah dan ibu ku..
menjadi saudara yg lebih baik utk keluargaku...
dan menjadi sahabat yg terbaik utk semua sahabat2 ku...

Insya Allah moga Ramadhan yg bakal menjelma nie aku makin kuat beribadah dan makin insaf....itu tekad aku..amin..

Friday, July 16, 2010

BERTUNANG di usia muda.........


baguskah kalau seorang insan yg baru berusia 20 tahun mengikat tali pertunangan dgn sorg wanita...???
mampukah dia menjaga wanita itu nanti ??
dalam hidup ini selagi kita xmampu mencapai persefahaman dalam berkasih elok lah kita tangguhkan semua hasrat itu dahulu...kerna meskipun bagi sesetengah org bertunang tak lah risau sangat walaupun putus di tgh jalan kelak...tp faham2 je lah mulut org nanti....
"mak cik" dan "nenek" mmg akn bercerita pasal benda tu...
jadi elok lah sebelum buat keputusan fikir kan dulu..nilai dulu diri kita ready or not..
trutama pada "wanita "...
bersediakah kita menjadi tunangan org walhal kita sendiri masih belum cukup matang...
dan bakal tunang pulak masih belum bersedia xbermakna xsayang...
but semua perlu persediaan..
it not as easy like u say...
matangkan diri dulu sebelum nak bertunang....terutama sekali wanita..
tunggu sang lelaki yg melamar bkn wanita yg melamar..xelok...
anyway tunggu sahaja penghujung tahun nie...BCOZ ramai yg nak tunang...

Wednesday, July 14, 2010

Aku Ingin Seperti Dulu ....



Jika dulu kau selalu menceriakan hidupku...
Jika dulu nasihat darimu menjadi pedoman bagiku...
Jika dulu kau selalu tersenyum padaku...
Jika dulu kau pantang melihat ku berduka pasti kau menyembuhkanku....
Jika dulu kau kau pernah berjanji akn menghargai diriku...
Selagi aku menghargai kau...

Tetapi ternyata kau mungkiri semua nya.....
Kau cuba merosakkan ukhuwah yg terjalin antara kita..
Dek sesuatu yg tidak kau duga dan tidak kau fahami dahulu..
Pernahkah kau cuba berdiskusi dgn ku ??
Pernahkah kau cuba merungkai segala yg bermain di fikiran kau ??
Pernahkah kau bertanya yg Haq ttg persoalan itu ??
Langsung tidak..tapi kau terus menghukum diriku...
Kau mungkiri segalanya...
Kau tidak menghargai diriku..
Kau cuba lari dari persoalan-persoalan itu tanpa kau bertanya padaku..
Yang punya jawapannya...

Kini...mungkin segalanya akan tinggal kenangan seandainya aku pergi...
namun harus diingat semua itu harus kita simpulkan dalam hati..
Moga menjadi pembimbing kita di hari esok..
dan sesungguhnya jika hari ini kita boleh bersama,boleh bersuka...
tidak bermakna esok kita masih boleh sebegitu lagi....
kalau ada yg ingkari segalanya....

Nukilan : Moja-Moja (MDA)

Saturday, July 10, 2010

Debar PRU 13 dan pilihan raya negeri sarawak :BN or PR ??(analisis 1)


Soseh-soseh megatakan PRU 13 akan diadakan pada September tahun ini.......
meskipun hal ini tidak diiyakan oleh PM kita but tidak mustahil kerana banyak hal-hal yg berlaku lately ini....menguatkan lagi spekulasi bahawa PRU 13 akn diadakan tahun ini dan mungkin serentak dengan pilihan raya negeri sarawak......dan kira nya elok andai ia diadakan serentak supaya tenaga rakyat sarawak tidak dibazirkan....tapi persoalannya sekarang siapa jadi pilihan rakyat M'sia dan Sarawak andai pilihan raya diadakan.....

kita kupas dulu dari sudut pilihan raya negeri .......
DUN sarwak akan tamat tempoh selewat-lewatnya Mei depan ......
dan permukiman yg dilakukan pada beberapa minggu lepas di Miri menandakan semakin dekat lah tarikh DUN akan bubar .....dan sekarang kita dpt tengok bagaiman PM kerap kali turun padang ke sarawak...bagi menarik perhatian pengundi-pengundi......dan terbaru program senada sejiwa yg diadakan di BIntulu baru-baru nie....
sudah semestinya kali ni....pilihan raya negeri akn menjadi pilihan raya negeri terhebat kerana seperti sedia maklum....di Sarawak akn banyak calon-calon bebas akn bertanding......
dan kali ini akn disertai oleh Pakatan Rakyat ...yg ditunjangi PKR,PAS,DAP dan SNAP....
dan akn turut disertai oleh PCM dan satu lagi parti baru yg belum mendapat kelulusan dari ROS iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak....

Di sarawak senario politik sangat lah berbeza berbanding di Semenanjung .......
di sini politik nya tidak seagresif di SEmenanjung dan cuma org Sarawak ja dapat faham politik org sarawak......
oleh itu kalau PR nak menang di Sarawak ....strategi politik harus ditukar .......
meskipun menang di PRK Sibu baru-baru ni...tak bermakna ia menjamin kemenangan PR utk pilihan raya negeri......
di sarawak ada 71 kerusi DUN....dan dalam pilihan raya negeri yg lepas ......
BN memenangi 62 kerusi dan menyaksikan PBB menang semua kerusi yd ditandingi berbanding dgn parti kompenen lain...dan yg agak teruk ialah SUPP yg terlepas 8 kerusi .........di kawasan yg majoriti cina .....
dan kita tengok pada pilihan raya negeri akn datang.......
tidak mustahil kali ini bakal mengigit jari ialah SUPP....
kerana rakyat inginkan pembaharuan ...hal ini kerana SUPP terlampau lama ditunjangi oleh Tan Seri George Chan....dan dengar-dengar beliau takkan bertanding lagi but tak pernah cakap nak lepaskan kerusi presiden.......
dan ini kalau strategi salah SUPP bakal hilang beberapa kerusi lagi ......
maka banyak cacat cela harus dibaiki oleh SUPP......
dan sekarang masih belum nampak lagi yg rakyat sarawak semakin pulih atau yakin dengan SUPP..meskipun rakyat Sarawak mulai senang dengan PM baru but tak semestinya mereka akn pangkah SUPP.....selagi SUPP xbuat ssuatu utk dekati pengundi........
bagi PBB pula....mungkin agak susah mencongak kerana semua tahu politik Pehin Sri Taib penuh dengan elemen kejutan......dan tidak mustahil semua kerusi yg ditandingi PBB berjaya dipertahankan.......dan seandainya Pehin Sri Taib berundur dari kerusi KM sekarang..pasti akn membuahkan hasil yg lebih lumayan pada BN negeri ........
Jangan lah Pehin Sri takut kita banyak pemimpin yg dpt memikul tggjwb sebagai KM yg baru seperti Tan Sri alfered jabu, Tan Sri Adenan Satem, Dato Seri Awg Tengah dan byak lagi.....
dan sekarang ada dua kemungkinan......apa-apa isu boleh dimainkan pembangkang dalam beberapa bulan ini.....dan andai isu Pehin Sri Taib terlalu lama bertahkta dimainkan....
tidak mustahil akan berlaku kekalahan bagi PBB meskipun di beberapa kubu kuat PBB sendiri iaitu di kawasan majoriti Melanau dan Melayu....
namun saya percaya sudah tentu Pehin Sri takkan duduk diam dan saya percaya strategi semestinya sudah dilakukan oleh Pehin Seri Taib....but utk megatakan yg BN bakal memenagi semua kerusi DUN iati 71 kerusi itu mustahil sama sekali dengan kekuatan BN yg ada sekarang...tapi saya percayaseandainya benar lah TSUNAMI politik dari Semenanjung sudah tiba di Sarawak... tidak akan mampu menumbangkan kerajaan BN di Sarawak dan kalau pun mampu mungkin PR hanya mampu menafikan majoriti 2/3 BN sahaja dan BN setidak-tidaknya akan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan....itu yg pasti dan kita rakyat Sarawk berharap selepas pilihan raya negeri akan wujud peralihan kuasa peringkat negeri bagi memastikan BN terus menjadi pilihan......

Dan yg paling penting sekarang YB-YB yg ada sekarang mesti kerap turun padang...
jika nak menang.....jangan bergantung kepada populariti YAB Datuk Seri Najib semata-mata...

Analisis akan disambung ..............