Thursday, July 29, 2010

Bila Ketua Pemuda UMNO diketepikan........


Dalam rombakan kabinet yg dibuat oleh Perdana Menteri Jun yg lepas......
sekali lagi YB Khairy Jamaludin tidak disenaraikan dalam kabinet "rakyat" PM kita...
sebaliknya senator-senator yg baru dilantik pula dibawa masuk ke dalam kabinet.....
dengan mengabaikan wakil-wakil rakyat yg dipilih sendiri oleh rakyat...
khususnya YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia....
secara tidak langsung mengabaikan suara majoriti pemuda-pemuda UMNO yg menginginkan Ketua mereka itu utk diangkat sebagai menteri atau setidak-tidaknya sebagai Timbalan Menteri...

bahkan kebanyakkan pengundi-pengundi muda juga turut menginginkan YB Khairy dibawa masuk ke dalam kabinet Datuk SEri Najib Tun Razak.........
dan YB Khairy berpontensi utk memegang porfolio seperti Menteri Belia dan Sukan...
kerana usia YB Khairy sendiri yg masih belia....
dan seeloknya beliau selayaknya memegang jawatan tersebut.....berbanding dgn Menteri Belia dan Sukan yg sedia ada sekarang yg sudah melewati usia belia itu....

Selain itu, YB Khairy juga mampu menjalankan tugas sebgai Menteri Pengajian Tinggi..
ini juga sesuai dengan usia belia yg baru 34 tahun dan sebagai org muda beliau mengetahui..
cara-cara utk mendekati golongan-golongan muda di IPTA dan IPTS yg ada di seluruh Malaysia...bahkan beliau mampu bertukar pendapat dengan pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS sedia ada dengan tujuan utk merancakkan lagi pembangunan ekonomi Malaysia kerana sememangnya kita sedia maklum...orang muda mmepunyai idea yg kreatif dan seandainya diguna pakai mampu diterjemahkan dalam bentuk program-program pembangunan rakyat...

Pada masa yg sama juga ,Yb Khairy mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan...
kerana baru-baru ini beliau baru sahaja menamatkan kursus dengan askar wataniah dan beliau lebih memahami selok belok urusan dan kehidupan askar..
dan mampu merekrut orang muda dalam askar wataniah utk menjadi "simpanan tetap " UMNO dan BN.....
berdasarkan skill kominikasi yg beliau ada tidak mustahil askar-askar dapat menjadi penyokong kuat UMNO....

Besar lah harapan kami semoga dalam rombakan kabinet akan datang YAB Datuk Seri Najib Tun Razak...akan membawa masuk YB Khairy Jamaludin ke dalam kabinet.....
semoga mampu menambahkan lagi sokongan orang muda kepada Barisan Nasional...

Oleh : Mujahid (MDA)

No comments:

Post a Comment