Tuesday, March 30, 2010

TAHNIAH CHUA ,LIOW!!!!!!!!!!

AKHIRNYA kerusi Presiden dan Timbalan presiden menjadi milik chua dan liow!!!!
Chua berjaya megenepikan ka ting dan tee kiat..walaupun ramai yang menjangka ka ting yang bakal memenangi pertaruhan tersebut namun keputusan soi lek yang menang jawatan presiden bukan lah di luar jangkaan...namun agak mengejutkan jika melihat undi yang diterima oleh mantan presiden yang sekadar mengumpul 500 lebih undi sahaja.......

dan liow pulak menang dengan majoriti tipis iaitu 65 undi sahaja namun keputusan ini bukan lah di luar dugaan...kerana beliau lah yang mecetuskan idea pemilihan jadi tidak hairan bila beliau yang memenangi jawatan timbalan presiden........

bagi jawatan naib presiden pulak pemenang-pemenang nya seperti yang diduga....
dan diharap dengan berakhirnya pemilihan ini akan meyatu padukan semua ahli MCA dan krisis MCA akan berakhir......


SESUATU YANG MENARIK PULAK MENANTI IAITU ROMBAKAN KABINET!!!!!!!!!
adakan ada menteri dari MCA yang akan digugurkan???????????sama-sama kita tunggu..........

Saturday, March 27, 2010

antara tee keat,soi lek,dan ka ting..manakah pilihan kalbu????








Persaingan bagi jawatan Presiden MCA kali ini merupakan yang terhebat sekali...
kerana kembali nya ka ting yang dianggap "hero" dalam menyelesaikan krisi MCA yang lepas dan soi lek yang dianggap pemimpin akar umbi dan Tee kiat yang dianggap pemimpin reformasi...
siapa kah yang bakal jadi "singa" esok????

kalau dinilai...kita tengok Ka Ting merupakan seorang pemimpin yang bersih....
dan paling bertanggungjawab kerana kesanggupan beliau untuk melepaskan jawatan berikutan tsunami yang berlaku dalam PRU 12 yang lepas.........sikap inilah yang membuatkan beliau disegani selain kehebatan beliau dalam menyelelesaikan krisis parti pada tahun 2003...krebiliti beliau semasa menjadi presiden dan menteri kabinet memang tidak dapat dipertikaikan lagi...

calon kedua ialah Soi Lek..kalau bukan kerana "Video Pembunuh" itu..mungkin beliau sudah mendahului calon lain..di sini lah kelemahan beliau dan menyebabkan peluang beliau agak tipis..namun jangan memandang rendah terhadap beliau kerana beliau rapat dengan akar umbi MCA....dan tidak mustahil beliau mampu mencipta kejutan esok berdasarkan trek rekod beliau semasa menjadi menteri kesihatan dan naib presiden serta timbalan presiden...

calon seterusnya ialah tee kiat iaitu penyandang bagi jawatan presiden sekarang....
walaupun dibelenggu pelbagai isu..namun jangan dilupa kerana sewaktu pemilihan lepas beliau merupakan calon presiden yang paling disanjung..dan kalau dilihat dari aspek positif...beliau agak cemerlang sebagai menteri pengangkutan..dan kalau perwakilan menilai dari sudut itu beliau lah pemenang nya esok....

tapi kemungkinan calon yang menang esok sukar untuk meraih majoriti tinggi..terutama bagi jawatan presiden...

apa-apa pun kita tunggu esok siapa kah "singa" MCA???
adakah akan datang "singa " yang baru????
atau "singa "yang dalam kandang menang???
atau "singa" yang dah keluar dari kandang berjaya masuk baik???

ini ramalan saya untuk pemilihan esok.....
PRESIDEN:TAN SERI ONG KA TING

TIMBALAN PRESIDEN:DATUK SERI LIOW TIONG LAI

NAIB PRESIDEN:DATUK SERI NG YEN YEN
:DAtuk CHOR CHEE HEUNG
:DATUK LOKE YUEN YOW
:DATUK DONALD LIM



Thursday, March 25, 2010

PARLIMEN HULU SELANGOR..SATU DEBARAN.....



satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini berikutan kemablinya ke rahmatullah ahli aprlimen hulu selangor..iaitu Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad..beliau yang merupakan bekas timbalan menteri besar selangor di era BN memerintah bertanding atas tiket PKR pada PRU 12 yang lalu beliau telah mengalahkan timbalan presiden MIC iaitu datuk g.palanivel dengan majoriti 198 undi...dan peluang BN untuk meramaps kembali kerusi ini agak cerah sekali namun ia terpulang kepada pihak BN dalam memilih calon yang bakal diletakkan kelak...
adakah Timbalan Presiden MIC akan terpilih atau MIC akan berkompromi dengan memberi peluang kepada UMNO....namun datuk palanivel mempunyai peluang yang cerah juga seanadainya dicalonkan semula bagi kerusi tersebut dan kempen habis-habisan haruslah dilakukan oleh pihak BN bagi membuktikan sokongan terhadap BN kembali kuat seperti yang diuar-uarkan dan semua parti komponen harus bekerja sebagai one team...dan bagi memastikan sokongan berpihak kepada BN.....dan tawan kembali 198 pengundi yang menjadi jarak pemisah antara PKR dan BN yang menyebabkan BN tewas dalam PRU 12 bagi kerusi berkenaan...ini tidak mustahil dilakukan kerana BN menang di ketiga-tiga kerusi DUN dalam parlimen hulu selangor.....pesan kepada BN..yang paling penting kerjasama and work as one team..kerap turun padang...

ANALISIS PEMILIHAN MCA 1.........(NAIB PRESIDEN)

Sudah semestinya jawatan naib presiden antara jawatan yang diidam-idam oleh semua ahli MCA sama ada pemimpin atasan mahupun pemimpin bawahan...jawatan naib presiden juga merupakan jawatan yang ketiga penting dalam parti dan lazimnya sebelum menjadi presiden bagi sesebuah parti tidak kisah MCA,UMNO,MIC dan parti-parti lain...jawatan naib presiden merupakan persinggahan bagi seseorang presiden parti.justeru,pertandingan jawatan naib presiden ini tidak kurang hebatnya kali ini..berikut ialah senarai calon bagi jawatan naib presiden:
1. Datuk Seri Ng Yen Yen - Penyandang

2. Datuk Donald Lim Siang Chai

3. Datuk Chor Chee Heung - Bekas ahli jawatankuasa pusat)

4. Datuk Yeow Chai Thiam - Pengerusi MCA Negeri Sembilan

5. Datuk Loke Yuen Yow - Bekas timbalan setiausaha agung

6. Khoo Keok Hai - Ketua MCA Sandakan

7. Gan Ping Sieu - Penyandang ahli jawatankuasa pusat

8. Datuk Yew Teong Look - Ketua MCA Wangsa Maju

9. Wong Siong Wee - Ketua MCA Kuala Krai

10. Datuk Yap Pian Hon

kita ulas seorang demi seorang...dalam sepuluh orang ini hanya dua orang sahaja mempunyai kedudukan dalam kabinet..iaitu datuk seri dr.ng yen yen sebagai menteri pelancongan manakala datuk chor chee heung sebagai timbalan menteri kewangan...selalunya..pemimpin yang mempunyai kedudukan dalam kabinet mempunyai kelebihan berbanding calon lain...jadi sudah semestinya jika aspek ini diambil kira datuk seri ng yen yen dan datuk chor chee heung mendahului calon lain......calon seterusnya yang berpontensi ialah bekas timbalan setiausaha agung..dengan kedudukan nya sebagai timbalan setiausaha parti sudah semestinya dikenali oleh perwakilan....jadi tidak mustahil bakal meloloskan diri ke jawatan naib presiden...


calon seterusya yang berpontensi dan dijangka lolos ke jawatan naib presiden ialah datuk donald lim yang sememang nya pernah menduduki atau menjawat jawatan naib presiden dan bekas timbalan menteri...dengan memilih untuk bertanding jawatan naib presiden dilihat percaturan yang bijak bagi beliau..berbanding pada pemilihan lepas iaitu dengan bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas kepada datuk seri chua soi lek....

calon-calon lain pula hanya lah calon underdog sahaja..namun jangan dipandang enteng terutama pengerusi MCA negeri sembilan iaitu Datuk Yeow Chai Thiam sudah semestinya beliau mendapat sokongan padu perwakilan negeri sembilan...begitu juga bagi seorang lain calon iati Gan ping sieu iaitu seorang anggota CC MCA yang terpilih pada pemilihan lepas...

manakala bagi calon-calon lain sukar diramal nasib mereka...apa-apa pun kita tunggu sahaja ahad ini....
dan calon ramalan saya ialah:
NAIB PRESIDEN 1:DATUK SERI DR NG YEN YEN
NAIB PRESDEN 2:DATUK CHOR CHEE HEUNG
NAIB PRESIDEN 3:DATUK DONALD LIM
NAIB PRESIDEN 4:DATUK LOKE YUEN YOW

Tuesday, March 23, 2010

RODA KEHIDUPAN!!!


fuhhhh...macam saja gelagat budak-budak sekolah atau "anak-anak" aku kat sekolahhhh...
hehe...dalam kita marah-marah tu sempat juga pandai juga ambik hati kita...hehe.....bila kita marah semua diam and senyap je...semua buat muka sedih dan muka simpati..monyok jerrrr......
kadang-kadang ksian jga tengok dorang ni sampai tak sampai hati nak marahhh....
budak-budak ni kalau kita sedih dorang tau-tau je....dorang akan buat lawak bodoh tok hiburkan kita...sampai kita rasa terhibur tengok gelagat dorang...nak marah pun terpaksa tapis-tapis...tapi aku harap dorang ni akan berubah tok rajin blaja..rupa2 nya bila tgk student punya markah xbgus...skit ati,,,kadang-kadang sedihhhh...itulah perasaan cikgu aku dulu..kini aku pulak merasa.......RODA ITU MEMANG BULAT KINI AKU PULAK MERASAI NYA..ADA PAHIT,ADA MANIS NYA JUGA...

Sunday, March 21, 2010

BICARA HATI>>>>>>>>>



bayangkan jika dunia ini tanpa CINTA..apa kan jadi?????????????????
Cinta itu lahir kerana Ar-RAhman..salah satu sifat Allah dan nama Allah...kerana dengan kuasa Allah lah wujudnya perasaan cinta dalam diri..kita cinta akan Allah,Rasul,ibu,bapa,abang,kakak,adik kita,rakan-rakan kita dan orang sekeliling kita malahan kita akan sayang akan haiwan jua......kerana cinta lah wujudnya institusi kekeluargaan...bila kita jatuh cinta dengan seorang insan yang lebih..pasti akan mewujudkan keinginan untuk berumah tangga atau membina mahligai bahagia bersama insan itu.....namun jangan pula kita mencintai orang itu atas dasar nafsu semata-mata kerna nescaya cinta yang berkiblatkan nafsu tidak akan ke mana-mana..ingatlah..cintailah seseorang itu kerana Allah SWT..kerana cinta itulah yang akan kekal..insya Allah..............keikhlasan kita untuk mencintai insan itu akan menyebabkan cinta itu kekal...cintailah seseorang itu dengan sepenuh hati dan keikhlasan diri kita.....
sesungguhnya cinta itu manis bak madu namun jika ada pihak yang tidak bijak menjaga akan menjadikan nya masam bak cuka,namun jika masam masih dapat ditelan,dan ada kala menjadi masin seperti garam..namun masih dapat ditelan..tapi bila ia menjadi tawar menjadikan kita sukar untuk menelan..kerana tiada rasa..dan lebih parah lagi bila rasa cinta itu menjadi pahit...
kerana tidak semua insan mahu atau suka akan kepahitan..namun bila pahit tidak semetinya tidak dapat menjadi manis..di sini pasangan harus memainkan peranan dengan menjadi gula jika salah satu menjadi hempedu..jangan kita biarkan rasa pahit hempedu itu terus meresap dalam "CINTA".......yang penting saling memahami antara pasangan dan komunikasi antara pasangan...
kawal emosi dan nafsu..untuk mewujudkan "MANISNYA CINTA".............

Tiong Lai sah masuk gelanggang..........



Sah............datuk seri liow bakal menjadi salah seorang calon bagi jawatan timbalan presiden....
dengan pengumuman itu ini menjadikan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden iaitu antara kong ha dan tiong lai..namun apa-apa pun akan terjadi menjelang pencalonan esok..dan tidak mustahil akan muncul seorang calon yang bakal menjadi calon underdog bagi jawatan no.2 tersebut...jika ini berlaku ini akan memberi kelebihan kepada tiong lai....Tiong lai berada dalam keadaan sukar kerana chor ha merupakan Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan 2 tahun lepas...apa-apa pun kita tunggu dahulu pencalonan pada esok hari..dan kita kupas dengan lebih lanjut............

Saturday, March 20, 2010

pemilihan MCA..debaran terasa.........

siapa kah agak nya ekkk presiden MCA yang baru nanti..walaupun aku bukan orang cina tapi aku excited gak and nak tau pasal diaorang punya hal...coz aku rakyat malaysia..satu malaysia lah katakan.....setakat nie....Tan seri ong ka ting n datuk seri ong tee kiat yang menawarkan diri untuk jawatan presiden..antara dorang berdua ni..susah kit nak cakap sal peluang coz aku tak tau"angin"perwakilan MCA sekarang ni...tapi kalau aku...aku cadangkan datuk seri liow tanding presiden...sebab beliau muda..tapi dengar2 sokongan tok dia tak cukup kuat tapi tok jawatan timbalan presiden peluang beliau untuk untuk menang cerah.aku harap beliau menang nanti...datuk seri kong pulak turut tawarkan diri...beliau pun okey gak coz seorang pemimpin yang low profail...tapi apa2 pun kita tunggu 22/3 ni then kita analisis lagi....