Saturday, March 27, 2010

antara tee keat,soi lek,dan ka ting..manakah pilihan kalbu????








Persaingan bagi jawatan Presiden MCA kali ini merupakan yang terhebat sekali...
kerana kembali nya ka ting yang dianggap "hero" dalam menyelesaikan krisi MCA yang lepas dan soi lek yang dianggap pemimpin akar umbi dan Tee kiat yang dianggap pemimpin reformasi...
siapa kah yang bakal jadi "singa" esok????

kalau dinilai...kita tengok Ka Ting merupakan seorang pemimpin yang bersih....
dan paling bertanggungjawab kerana kesanggupan beliau untuk melepaskan jawatan berikutan tsunami yang berlaku dalam PRU 12 yang lepas.........sikap inilah yang membuatkan beliau disegani selain kehebatan beliau dalam menyelelesaikan krisis parti pada tahun 2003...krebiliti beliau semasa menjadi presiden dan menteri kabinet memang tidak dapat dipertikaikan lagi...

calon kedua ialah Soi Lek..kalau bukan kerana "Video Pembunuh" itu..mungkin beliau sudah mendahului calon lain..di sini lah kelemahan beliau dan menyebabkan peluang beliau agak tipis..namun jangan memandang rendah terhadap beliau kerana beliau rapat dengan akar umbi MCA....dan tidak mustahil beliau mampu mencipta kejutan esok berdasarkan trek rekod beliau semasa menjadi menteri kesihatan dan naib presiden serta timbalan presiden...

calon seterusnya ialah tee kiat iaitu penyandang bagi jawatan presiden sekarang....
walaupun dibelenggu pelbagai isu..namun jangan dilupa kerana sewaktu pemilihan lepas beliau merupakan calon presiden yang paling disanjung..dan kalau dilihat dari aspek positif...beliau agak cemerlang sebagai menteri pengangkutan..dan kalau perwakilan menilai dari sudut itu beliau lah pemenang nya esok....

tapi kemungkinan calon yang menang esok sukar untuk meraih majoriti tinggi..terutama bagi jawatan presiden...

apa-apa pun kita tunggu esok siapa kah "singa" MCA???
adakah akan datang "singa " yang baru????
atau "singa "yang dalam kandang menang???
atau "singa" yang dah keluar dari kandang berjaya masuk baik???

ini ramalan saya untuk pemilihan esok.....
PRESIDEN:TAN SERI ONG KA TING

TIMBALAN PRESIDEN:DATUK SERI LIOW TIONG LAI

NAIB PRESIDEN:DATUK SERI NG YEN YEN
:DAtuk CHOR CHEE HEUNG
:DATUK LOKE YUEN YOW
:DATUK DONALD LIM



No comments:

Post a Comment