Tuesday, May 18, 2010

kenapa x lama??


susah untuk aku menjawab bila semua bertanya kenapakah diri ku.....
ada kah aku kecewa,sedih atau sebalik nya..
aku sendiri tidak tahu...aku nampak ketawa tapi hakikat nya sendu yg teramat memilukan di hati..
kenapa kegembiraan aku cuma seketika????
kenapa???
seperti mimpi di malam hari yg akan membangunkan aku tatkala azan subuh megejutkan aku dari impi indah........
seperti tidur siang yg seketika sahaja nikmat nya bila aku terjaga dari lena takala azan asar....
memang aku gembira seketika namun berapa lah harga seketika itu jika dibandingkan dengan apa yg aku mau sebenarnya.....
aku ingin kan bahagia yg lebih lama....agar aku tidak menjadi layang-layang yg putus tali nya kelak..
bila tali itu putus ke manakah kah layang2 itu harus singgah???
ternyata keseronokkan layang-layang yg melayang itu tadi cuma seketika..tidak lama..
sungguh aku tidak mahu begitu..
aku merindui diri ku yg dulu..yg dapat senyum dengan senang,dengan tenang tanpa memikirkan kebahagiaan hari esok..tanpa memikirkan kerunsingan di kemudian hari...
ermmmmmmmmmmm.....

Saturday, May 15, 2010

patut kah aku lepaskan??


Aku gusar.aku semakin gundah..aku semakin tersempit...
lorong mana harus ku tuju...ke utara ka??atau ke selatan??
patut kah aku mempertahankan apa yg aku ada sekarang semata2 utk mendapatkan sesuatu yg aku ingin kan sangat2....
jika ia berlaku aku takut banyak pihak yg kecewa..
banyak pihak yg tersinggung...
aku keliru,aku hilang arah..selama seminggu ini aku cuba mencari panduan dan pedoman..
agar rasa ini akan ada noktah nya..tapi.....tiada jawapan yg pasti..
yg ada hanya lah bisikan2 halus yg makin meresahkan aku..
kalau mampu..aku ingin semua nya..tapi mustahil utk aku lakukan...
kalau aku pergi ke sana....tiada apa yg ku dapat melainkan kegembiraan yg seketika..
yg pasti akan berakhir dengan kecewa jua suatu saat nanti..
tapi kalau aku pergi ke sini...aku memang xmau sudah,....tapi pasti kegembiraan abadi yang menanti..tapi haruskan aku memaksa diri aku menerima kegembiraan itu ..
aku takut aku menerima kegembiraan itu atas dasar simpati..tidak sebagai mana kegembiraan yg di sana ..yg aku trima dengan hati terbuka..tapi terbuka kah pintu yg di sana kalau di sana asyik menafikan semua nya..
tidak mengapa lah...aku berdoa agar aku makin kuat seperti semakin kukuh nya gunung himalaya..
dan bukan rapuh nya pantai yg boleh terhakis dek pukulan ombak...
dan aku berharap tiada lagi titis -titis hujan jernih dari diri ku membasahi "bumi" ku..
yg ku harap sinaran suria atau setidak-tidaknya...datang lah sekejap wahai sang suria agar aku kembali menerima cahayamu....


perasaan adalah cetusan rasa dan roh yg hidup dari organ badan yg paling sunyi dan misteri iaitu HATI........
pelbagai perasaan yg wujud dari hati..kadang2 ada duka,kadang2 ada suka..
namun semua itu akan menjadi epdoman hidup bagi aku untuk mengharungi hari mendatang..
hari mendatang tiada siapa tahu...adakah akan menjanjikan bahagia atau sebalik nya untuk kita..
sememang nya tiada siapa ketahui..
begitu jua dengan HATI kita..tiada siapa tahu apa yang kita rasa..meskipun kita berkongsi dan meluahkan semua dengan saudara dan kawan but only kita sendiri tahu emosi kita dan perasaan kita..
terlalu banyak permainan perasaan yg aku alami..
kadang kala mengugat iman aku..
kadang kala aku rapuh..kadang aku lemah...
lalu aku sedihh....aku luahkan "misteri " aku pada org2 yg sudi mendengar..
tapi aku berusaha mencari jawapan kepada cetusan perasaan itu..
dan aku belajar untuk tidak menafikan emosi itu malah aku belajar menerima emosi itu..
tapi apa kah akibat nya apabila emosi itu tidak dilayan oleh org yang sepatutnya melayan emosi itu..
apakah guna nya kita melayan emosi itu andai orang sepatutnya tidak bersama-sama kita menyemai perasaan itu..bahkan dia menafikan semua nya...
JANGANNNNNNN!!!jangan....jangan kau memandang rendah aku hanya kerana emosi itu...
kerana kita tidak mengetahui hari esok..tah2 esok kau yg mengalami nya..
aku minta maaf kerana andai menganggu hidup kau...
tapi semua drama ini akan berakhir x lama lagi..aku pasti dan aku yakin..
kerana setiap yg mula pasti ada hujung nya..
seperti kehidupan yang pasti akan menemui hujung nya..iaitu AJAL..itu pasti..
seandainya emosi itu membuatkan dosa aku bertambah aku redha...
aku akan berjihad menentang semua nya..
aku akan mencari ketenangan dengan membaca dan mendengar "Ayat-ayat Cinta" dari Allah..
sungguh menenangkan..membuatkan emosi itu hilang buat seketika..
tapi muncul lagi kemudian..aku tidak tahu..aku hilang arah...
ya Allah..sujud ku pada Mu..moga sujud ku itu akan menjadi sujud yang memberikan ketenangan kepada hamba MU ini.....
tetapi yg pasti dengan masa yg ada ini aku akan meluangkan masa yg ada dengan semua..
aku ingin merasai kasih sayang itu walau pun sekejap tapi akan menjadi sejarah dan memori yg paling manis dalam hidup aku..memori yang akan abadi dalam hidup aku dan dia..
insya Allah....
aku mungkin xmampu memberikan bulan dan bintang seperti yg lain..tapi..
aku akan menjanjikan terbaik dan setakat kau mampu..
tp andai kau xsudi jangan kau memandang rendah padaku...
xmengapa aku akan pulang meniti laluan senja di bawah cahaya matahari yg kian malam...
trima kasih untuk semua...



Friday, May 14, 2010

emak!!! syggg mama!!!!!


Ibu......besar sungguh pengorbanan mu.......dari saat aku dilahirkan ibu xpnh jemu melayan karenah aku.....ibuuuuu..mungkin ibu xtau walaupun anak mu ini selalu buat ibu sakit ati dan marah tapi hakikat nya saya sayangggggggggggg sangatttttttt dengan ibu....

ibu memahami sangat2......
bila ibu marah motivasi saya naik....
bila ibu marah semangat saya naik..
bila ibu menangis kerana kejahilan saya saya kecewa...
minta maaf mu..janji xkan buat ibu menangis lagi..tq mama..
sudi memberi peluang.........

bila saya sedihh..ibu mendakap saya dengan dakapan kasih sayang...tenang ketika bila berada dalam dakapan ibu....ibu sungguh memahami....
ibu beri banyak nasihat..nasihat ibu akn saya titip akan saya tanam dan semai dalam sanubari untuk menjadi pedoman dalam menghadapi hidup mendatang..

berkat doa ibu...
banyak kejayaan saya dapat..
trima kasih mama...
n hrap2 akan datang berjaya masuk U...
insya Allah..doakan anakmu ini ibu.....

ibu....saya hilang arah kini..saya hilang kasih sayang kerana saya xmampu memiliki nya..
dan ibu...thanzzz ibu coz banyak beri nasehat...ibu memang memahami..
kasih sayang ibu mengubat kedukaan saya......walaupun seketika..
namun kasih ibu lebih bermakna dan mendalam bagi saya..
kerana kasih ibu membawa saya ke syurga..andai diberi pilihan saya akan memilih ibu tersayanggggggg berbanding dengan nya,,,,,,,,
sorieeee..i have to say this..coz tak ibu..tak da lah saya...
cozz ii luv my mom very muchhhhhhh...

moga ibu mendapat hidayahhh,
moga ibu panjang umur,
moga ibu murah rezeki,
moga ibu masuk syurga.....

ibuuuuuuuuuu...mujahid sayanggggg ibu..!!!

Erti Hidup.........


apa itu gembira???apa aku tidak layak utk gembira ka???
tiada sesiapa memahami perasaan aku tika ini,,melainkan Allah...Allah maha memahami..
aku redha dengan dugaan ini ya Allah...aku akan bejuang untuk menghadapi nya aku akan menjadi "askar" untuk memerangi hati yg berkecamuk ini...aku akn "berjihad" utk meruntuhkan "gunung " kesedihan ini dan akan ku kering kan lautan yg terhasil dek air mata aku....dari pengalaman ini akn ku titip kan menjaDi himpunan senjata utk ku menharungi esk hari..but ada ka hari esk tok aku??akn kah wujud istilah "gembira" dan "bahagia " untuk ku???ada ka????????
ya Allah...berikan aku jawapan...akan aku cari jawapan nya melalui perbicaraan dengan mu melalui solat mu dan jawapan mu melalui "ayat-ayat cinta" mu yang agung itu..kenapa kegembiraan itu harus pergi???walhal aku masih lagi ingin kan kegembiraan itu..hakikat gembira itu menyakitkan dan hakikat sedih itu memilukan sanubari aku..aku lemah,aku rapuh,berbekal kan iman ku yg rapuh ini aku bersimpuh pada MU ya Allah..kuat kan aku meghadapi dugaan ini..aku tahu Kau sedang menguji aku..tapi kenapa harus dugaan ini??aku redha je lah.....tapi aku gembira melihat org gembira.tidak mengapalah..mungkin hari ini ,esok,lusa,mggu ini,mggu depan dan bulan depan aku masih sedih tetapi aku percaya mentari kan menjelma jua dan mendung pasti berlalu...kegembiraan pasti datang...aku berharap semua itu akan ku lupai akan ku tanam sebagai "kubur"hidup ku..agar tidak timbul lagi dalam hidup aku....aku berharap esokkk akan menjelang algi kegembiraan utk aku..walapun sekejap tapi aku mensyukuri nya...ALHAMDULILAH.....

Thursday, May 13, 2010

realiti dan hakikat kehidupan...


sedih aku...pertama kali aku sesedih ni..fuhhh..aku kecewa bila aku tahu aku menginginkan sesuatu yg xmugkin aku dapat ambik dari tempat asalnya.....lebih2 lagi barang itu tidak mungkin ada kaki untuk berjalan kepadaku...datang untuk menyukai aku...hakikat nya...dari hari ke hari benda tu semakin dekat dgn aku..membuatkan aku susah naka lepaskan nya walaupun aku xmungkin menjadi persinggahan brg itu dan barang itu xmungkin meminta aku menjadi tuan nya..menjadi tuan yg sanggup berkongsi smua dengan nya..tapi xmengapa aku relakan barang itu pergi walapun aku sayangggggggggggggggggggg dengan barang itu....aku ingat aku dapat hepyyy....biar aku lupakan tapi msih xdpt malah keinginan untuk memiliki dan dimiliki mkin membuak2...Ya Allah kuatkan diriku,kuatkan iman aku,agar aku kuat menghadapi dugaan mu...apa2 pun aku bersyukur dpt org2 yg memahami diri aku n byak menasihati aku...thanzzz but aku akan cuba mendapat kan "barang " itu kerana aku ingin memilikinya.......

Monday, May 3, 2010

JIKA KAU KEKASIH..

Linda - Jika Kau Kekasih

Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Kasih…


LAGU NI TOO MEANINGFUL FOR ME!!I'M IN DILEMMA RITE NOW!!HUHU!!