Saturday, May 22, 2010

CIKGU INSAN BIASA 1


Tanggal 19 Januari mana bisa dilupakan oleh seorang insan bernama Aisha Mashitah Binti Asheh..
tarikh itu hari yg bermakna sekali bagi Aisha..mana tidak nya hari tue..hari pertama dia masuk mengajar di SMK Balai Baru....Bintulu,Sarawak...Aisha adalah seorang wanita yg berumur 25 tahun..lepasan UPSI pengkhususan dalam bidang BM...berasal dari Kuala Lumpur...
Saat pertama kali melangkah ke sekolah itu..hati nya berdebar2 apabila melangkah masuk dengan diiringi oleh seorang kenalan dia di sekolah itu iaitu cikgu hamina...
selepas melapor dan berjumpa dengan penyelia petang...dia mencari tempat duduk di pejabat guru...
Aisha ditugaskan untuk mengajar BM dan SC...memang kegemaran nya.....
saat dia melangkah masuk ke pejabat dia mata nya terus terpandang pada seorang cikgu yg berkulit sawo matang...yg kelihatan begitu manis sekali dan sedap mata memandang..
hati Aisha memuji cikgu itu tadi...tapi sayang nya cikgu itu tidak melihat jelingan dia bahakan tiada respon sekalipun....
Aisha hampa..namun dia tekad kan hati bahawa CINTA bukan matlamat utama bagi nya datang ke Bintulu.....kelas pertama yg dimasuki oleh Aisha ialah kelas 2G...kelas yg dikatakan agak "Panas" dan kalau boleh ingin dielakkan utk dimasuki oleh semua cikgu...
saat pertama kali melangkah ke kelas itu..kelas agak bising dan pelajar berlari ke sana ke sini..
Aisha terpaksa mendekati sekumpulan pelajar yg agak "keras"....dan kemudian kelas menjadi tenang dan terkawal...kejelitaan Aisha membuatkan pelajar berminat untuk mengetahui latar belakang nya...

"fuhhhhhhh,alhamdulilah..........."kata Aisha kepada Hamina selepas keluar dari 2G...
"Redha je lah"balas Hamina.......
Tatkala Aisha tengah berehat di tempat duduk nya..tiba2 cikgu lelaki yg membuatkan diri nya terpana seketika sebentar tadi...Aisha begitu berharap Cikgu itu menyapa diri nya tapi hampeeeeeee....
Aisha terus bertanya kepada Hamina tentang nama cikgu itu..
rupa2 nya nama nya Muhd Nakwan Azmi..."ermmm..manis nya nama semanis org nya.."bisik hati Aisha..Hamina lantas mengusik "berminat Ke??"..Aisha hanya terdiam kerana tidak ingin melayan perasaan diri nya memandang kan diri nya sendiri sudah pun punyai kekasih hati yg tengah bekerja di sebuah syarikat swasta di Brunei sebagai akauntan...

sesi persekolahan pun habis dan Aisha menumpang kereta Hamina untuk balik ke rumah sewa yg disediakan yg terletak di Desa Damai....Aisha berkongsi rumah dengan Anirah,Sazlila dan Farni..dan ketiga nya bakal masuk bekerja ke SMK Balai Baru pada esok hari...

Malam menjelang...sebaik sahaja habis berbual2 dengan buah hati Aisha melalui yahoo mesenger melalui video cam..tiba2 hati nya terusing terkenang kan Nakwan yang ditemui nya siang tadi..sambil diiringi oleh lagu..aku wanita biasa nyanyian Kris Dayanti...lantas dia cuba mematikan usikan hatinya dengan berbual2 dengan teman serumah..

BERSAMBUNG.........


No comments:

Post a Comment